Monday, January 4, 2010

Puisi Jamban

Di dalam jamban perempuan itu membebel
Mengapa engkau sangat kecil
Tapi khidmat kau sangat diperlukan
Hey….kecilnya dunia
Jamban….jamban

Perempuan itu terfikir
Kalau matahari tiada, gelapnya dunia
Rumput tak subur
Semua manusia berkulit putih
Baju tak kering
Bil letrik melambung tinggi
Manusia kuat tidur
Hantu jembalang bergembira
Jamban…jamban

Perempuan itu berfikir
Kalau tiada hari malam
Kaunter pejabat sentiasa terbuka
Semua manusia pergi kerja
Lampu suluh tak laku
Lampu jalan tak dipasang
Pergi mana-mana tak takut
Bulan pun tak muncul
Bintang pun tak kenal
Jamban…jamban

Jamban…jamban
Berapa lama lagi
Sampai bila mahu duduk dalam jamban

Catatan: karya ini terhasil selepas berfikir sesuatu perkara yang diharap akan terjadi dengan kuasa yang mustahil