Monday, December 7, 2009

Purnama satu-satu sifar sembilan

Hati resah gelisah mendapat khabar itu
Marah memuncak tinggi
Sesal tak sudah meratap pilu
Dihantui rasa benci dalam-dalam
Harimau jadian impian diri

Buntu, runsing, berkecamuk fikiran jiwa tidak keruan
Diketuk-ketuk tidak berubah dibentak-bentak sakit datang
Tali di ikut lurus kemudian sengaja diputuskan
Disimpan untuk yang dimahukan sahaja
Terus berjalan terjumpa emas intan berlian
Hati yang remuk bercampur bunga
Ibarat air hujan menimpa tanah laterit
Hancur lumat berwarna seperti air teh

Sampai penyakit datang hinggap di belikat
Hampir tumbang jiwa melayang diri merana

Dipaksa juga bibir yang pahit itu tersenyum
Sehingga urat-urat saraf menderita sakit
Hati di dalam bagaikan bengkak baharu dicucuk ubat pelali
Berdoa…berdoa….berdoa….berdoa…berdoa padaNya….

-Sajak ini tentang di timpa masalah…perkara ini membuatkan kita lebih matang dan berhati-hati

No comments:

Post a Comment