Monday, May 10, 2010

Demi 828

Di tingkat 8 dalam bilik di sebuah hotel terkemuka
Di tanah bekas jajahan Alfonso De Albuquerque
Duduk si pelik itu menghadap jendela yang tertutup mati
Langit baru lepas menangis…tetapi masih bersedih
Ibarat anak kecil dimarahi ibunya

Keseorangan... bersila diatas meja buatan kayu jati berharga
Dilihatnya sebelah kanan jendela
Lautan yang indah...kapal-kapal dagang
Sangat jauh....sayup
Fly Over...gondola gergasi
Bangunan-bangunan yang sedang giat didirikan
Jentera-jentera oren dan kuning
Kereta yang lalu-lalang sehaluan…saiz sebesar ibu jari
Kedai-kedai makan...kedai-kedai perniagaan
Bangunan-bangunan institusi
Pokok-pokok hiasan
Kawasan perumahan
Burung layang-layang berterbangan
Sekawan bangau putih
Membikin si pelik itu termenung

Berfikir…kenapa duduk disini?
Keseorangan di bilik yang cantik dan mewah
Sudah lah rasanya sangat dingin
Mengapa tidak adakan aktiviti petang-petang begini?
Teringat kembali kata-kata makcik tua itu...
Mengapa?
Dengan mudah jiwa ini menjawab
Entah bila cinta akan memanggil?


catatan- mahukan rasa kelainan , pergi secara seorang diri...rasa diri agak pelik sebab tiada teman untuk berbicara

No comments:

Post a Comment