Tuesday, June 22, 2010

Kisah bayi-bayi yang malang - Part 1

Mama…mama
Mama…kenapa
Mama…menangis ke?
Mama...mengapa mama sembunyi?
Mama...mengapa mama berahsia?
Mama...mengapa mama berasa sangat takut?

Kenapa mama?
Mengapa sembunyikan aku
Mengapa mama sorokan perut
aku ada dalam perut itu
Mama...mengapa makan benda yang bukan-bukan
Mama mahu bunuh aku kah?
Mama
Mengapa tidak menjadi ibu-ibu yang lain
mama belai-belai perut dan sayang bayinya
Tapi mama
Kenapa mama pukul-pukul perut mama?

Mama...
Mengapa di saat aku hampir lahir
Mama tipu semua orang
Mama kata pergi bercuti
Padahal mama pergi mencari tempat untuk lahirkan aku

Lepas mama selamat lahirkan aku
Tapi kenapa mama?
Mama tidak mahu aku hadir untuk bersama
Mama..mama
Kenapa...bunuh aku?
Aku sangat berdosa pada mama kah?
Apa yang telah aku buat mama?
aku tidak tahu apa-apa?

Mama..
Mengapa mama buang saya di lubang jamban
Lepas Itu aku tersangkut di perbetungan
Nanti ada orang akan terjumpa aku
Keadaan aku yang sangat kasihan

Mama
Mengapa buang aku di tempat pembuangan sampah
Tempat itu sangat busuk mama
Busuk tidak terhingga
Sampai hati mama letak aku di situ
Banyak lalat dan langau datang pada aku mama

Dia kerumuni aku....aku rimas mama

Mama
Mengapa letak aku di dalam semak belukar
Mama letak aku pada waktu-waktu yang sudah gelap
Lewat-lewat malam
Awal-awal pagi
Aku sangat takut gelap mama
Badan aku rasa sangat sejuk mama
Sejuk sangat-sangat
Banyak serangga gigit kulit aku ini
Sangat sakit mama


Catatan : Saban hari cerita buang bayi di akhbar...

No comments:

Post a Comment