Wednesday, December 30, 2009

Harta Usang

Rumah kayu yang besar
Di tanah pusaka sejengkal
Buatan tangan orang-orang lama
Tinggal sepi di sebelah rumah batu
Dinding satu persatu hilang
Lantai sudah tinggi rendah
Kalau dipijak terperlus
Atap zink berkarat coklat
Pokok tumbuh menjalar terus melangit
Tiang-tiang masih teguh
Kalau hari hujan penuh becak kotor
Saudara-mara yang pulang
Harta usang tidak dipedulikan
Pandang sekejap pun tidak mahu
Kanda besar berpesan…..
“kau repairlah rumah ni, orang perempuan yang dapat”
Aku diam saja,
Kalau lah rumah ini sebuah banglo
Pasti masih bertuan
Barangkali jadi rebutan……

Catatan: Rumah pusaka peninggalan arwah nenek., dahulunya ibu saudara yang menetap disitu. Di usia emas sudah menetap di rumah mewah di sekitar ibu kota.,selalu pula berulang alik ke luar Negara.

Monday, December 7, 2009

Purnama satu-satu sifar sembilan

Hati resah gelisah mendapat khabar itu
Marah memuncak tinggi
Sesal tak sudah meratap pilu
Dihantui rasa benci dalam-dalam
Harimau jadian impian diri

Buntu, runsing, berkecamuk fikiran jiwa tidak keruan
Diketuk-ketuk tidak berubah dibentak-bentak sakit datang
Tali di ikut lurus kemudian sengaja diputuskan
Disimpan untuk yang dimahukan sahaja
Terus berjalan terjumpa emas intan berlian
Hati yang remuk bercampur bunga
Ibarat air hujan menimpa tanah laterit
Hancur lumat berwarna seperti air teh

Sampai penyakit datang hinggap di belikat
Hampir tumbang jiwa melayang diri merana

Dipaksa juga bibir yang pahit itu tersenyum
Sehingga urat-urat saraf menderita sakit
Hati di dalam bagaikan bengkak baharu dicucuk ubat pelali
Berdoa…berdoa….berdoa….berdoa…berdoa padaNya….

-Sajak ini tentang di timpa masalah…perkara ini membuatkan kita lebih matang dan berhati-hati

Thursday, December 3, 2009

Rindu

Rasa itu datang di saat kau pulang
Lalu ia pergi dibawa angin marah
Bila muncul mengadap pada aku
Lidah kelu tubuh beku berotak kacau
Rasa sangsi itu berkembang

Fikiran cuba dicuci Hati cuba dibersih
Mulut cuba berdiam Bersahaja cuba dipanjat
Melangkah tidak berbilang
Berlari tidak mencecah

Bila siang datang mesti bertemu
Kalau berpaling pasti terhidu
Cuba berlari pergi jauh-jauh mencari kunci keluar
Si Mulut bijak berbohong Si Hati tidak pandai auta

Catatan : sajak ini terhasil kerana aku pernah jatuh hati dengan anak teruna yang berasal dari negeri cik siti wan kembang.

Apabila sakit datang

Tidak ada jam tidak ada khabar berkata mahu datang
Datang tidak bagi salam di saat tengah bercanda riang
Emosi bercelaru bak kapal menghentam glasier
Menggelepar tubuh bak cairan gunung berapi melimpah

Berakar dari mata perginya ke otak
Otak mentafsir gila menuju ke kaca hati
Hati berkata bimbang tidak tahu jalan
Si mulut mengeluh berulang-ulang

Tempat membalas dendam si mata jadi mangsa
Penghuni kekabu berteman air mata
Dari hujung kuku angin syaitan cuba menghembus
Perisai kapas terus disumbat

Terhencut-hencut terbongkok-bongkok teraba-raba
Sasaran bahan penahan derita terus keinginan
Dicelah-celah tidak bersua
Ditahankan saja moga jarum jam cepat bergerak

Dari suku menjadi setengah
Dari setengah menjadi seluruh

Urat-urat saraf tak mahu bekerjasama
Suara memanggil-manggil hilang
Bunyi-bunyian hilang
Pandangan elok bertukar kuning
Bertukar kelabu bertukar hitam

-sajak ini terhasil kerana penderitaan seorang perempuan yang mengalami kesakitan yang amat mendalam……

Friday, October 2, 2009

Membebel pasal 3 benda……

Rahsia
Tak ada siapa tahu
Kongsi ….tak boleh
Boleh tahu….bukan semua
Bagi tahu…..susah
Sibuk nak tahu…..ada
Kalau tahu….diam-diam saja
Tak payah ambil tahu


Sembunyi
Tersorok banyak
Orang cari…..susah jumpa
Orang tak nampak
ada…….. tapi terlepas pandang
orang cakap tak wujud pun


misteri
ini lagi susah
cerita……. orang tak paham
cerita…… orang tak percaya
buat orang jadi pelik…ada
silap hari bulan…..orang kata kita gila


ABAH TANYA ADIK JAWAB

Abah tanya adik dah mamam?
Adik jawab dah

Abah tanya adik dah mandi belum?
Adik jawab belum

Abah tanya adik buat lagi tak?

adik jawab tak

Abah tanya adik nak tak?

adik jawab nak

Abah tanya abah adik sayang?
Adik jawab sayang.


( ayat si Aishah baru pandai bercakap)

Kawan-kawan masih ingat lagi tak?

Kawan-kawan masih ingat lagi tak
Kerja gila kita buat satu masa dulu
kita rancang satu benda
kita cakap hari ini
esok hari kita buat
bila orang tanya
kita cakap tak ada apa-apa

Kawan-kawan masih ingat lagi tak
Masa tu kita mesti buat tipu
Bukan satu kita tipu
Bukan dua kita tipu
Tapi ramai kita tipu
Kita tipu sama-sama
Sama-sama buat dosa
Biar kita selamat

Kawan-kawan masih ingat lagi tak
Kita poket kosong
Kita kongsi sikit fulus
Apa yang kita nak
Semua dapat rasa

Kawan-kawan masih ingat lagi tak
Kita bersama tahan lapar
Minum air dalam satu botol
Makan nasi dalam satu pinggan
kita sama-sama kenyang

Kawan-kawan masih ingat lagi tak
Masa itu tak dapat dilupa
Bersukaria macam kanak-kanak
Bermain sampai sakit kepala

mencipta peluang ceria
Kita dah menang pergi sana
Kita rahsia sama-sama
Kisah kita memang satu kepala


Karya ini dihasil atas kejayaan kertas kerja projek pertama kawan2( jalan-jalan cari pasal)