Pagi engkau menangis
Kau sambut aku dengan kesedihan
Kau gantikan dengan pelangi
Bagi hati aku mahu ceria
Di kala lewat petang
Kau menangis juga
Kepulangan aku di sambut dengan kesedihan
Kau gantikan aku dengan pelangi lagi
Bagi aku tidak turut sama menangis
Pelangi...mengapa engkau jadi pengganti?
Catatan-Pelangi di lain waktu, di lain situasi...Bikin hati jadi sayu
Wednesday, May 12, 2010
Monday, May 10, 2010
Demi 828
Di tingkat 8 dalam bilik di sebuah hotel terkemuka
Di tanah bekas jajahan Alfonso De Albuquerque
Duduk si pelik itu menghadap jendela yang tertutup mati
Langit baru lepas menangis…tetapi masih bersedih
Ibarat anak kecil dimarahi ibunya
Keseorangan... bersila diatas meja buatan kayu jati berharga
Dilihatnya sebelah kanan jendela
Lautan yang indah...kapal-kapal dagang
Sangat jauh....sayup
Fly Over...gondola gergasi
Bangunan-bangunan yang sedang giat didirikan
Jentera-jentera oren dan kuning
Kereta yang lalu-lalang sehaluan…saiz sebesar ibu jari
Kedai-kedai makan...kedai-kedai perniagaan
Bangunan-bangunan institusi
Pokok-pokok hiasan
Kawasan perumahan
Burung layang-layang berterbangan
Sekawan bangau putih
Membikin si pelik itu termenung
Berfikir…kenapa duduk disini?
Keseorangan di bilik yang cantik dan mewah
Sudah lah rasanya sangat dingin
Mengapa tidak adakan aktiviti petang-petang begini?
Teringat kembali kata-kata makcik tua itu...
Mengapa?
Dengan mudah jiwa ini menjawab
Entah bila cinta akan memanggil?
catatan- mahukan rasa kelainan , pergi secara seorang diri...rasa diri agak pelik sebab tiada teman untuk berbicara

Friday, April 30, 2010
Lipas
Kerna seekor
Habis semua aku meluat
Semuanya memang layak untuk aku benci
Sudah…..sudah
Pergi...pergi
Aku tidak suka kamu…
Kepada musuh-musuh di luar sana...Jangan khuatir sebab aku tidak apa-apakan kamu
Habis semua aku meluat
Semuanya memang layak untuk aku benci
Sudah…..sudah
Pergi...pergi
Aku tidak suka kamu…
Kepada musuh-musuh di luar sana...Jangan khuatir sebab aku tidak apa-apakan kamu
Tuesday, April 6, 2010
Pelangi Pagi
Di bandaraya satelit
Tidak sesak pagi ini
Langitnya bersedih sedikit..tapi tidak menangis
Kereta kuda berkuasa semut memecut
Menuju ke destinasi
Ke puncak tiket penaik taraf hidup
Gunung abstrak
Kelihatan pelangi
Kepala mendongak mencuri pandangan
Indah…indah…indah…sungguh
Mataku terus mencuri lagi
Mari lihat…….
Luas terpacar di ruang ciptaan tuhan yang tiada batasan
Separa bulat…satu perdua
Ibarat bulan dilukiskan warna air dikelilingnya
Tidak sempat mahu mengira warnanya berapa
Menurut sains ada tujuh kesemuanya
Pelangi pagi…melalaikan aku
Tubuhku statik minda melayang
Teringat manusia yang kononnya misteri itu
Yang entah siapa dirinya
Dari mana datangnya
Tidak tahu dimana kordinatnya
Sila abaikan saja
Minda terus melayang sebentar
Membikin aku terlepas satu simpang
Angkara…pelangi pagi

Thursday, March 18, 2010
Melayang
Di saat aku disuruh
Menumpukan ‘sesuatu itu’
Dikatakan sangat penting
Aku hilang tumpuan
fikiran sudah jauh melayang
Melayang jauh entah kemana
Barangkali sudah sampai…Arab Saudi!
Jauh…jauh..melayang..melayang…hilang
Ilmu tak masuk….otak kosong juga
Ditambah penyakit jiwa kacau datang melanda
Ahhh…malas…malas nak layan
Mengantuk….pergi tidur lagi bagus!
Aku perlu minum kacip fatimah gamaknya
Jangan bagi otak aku letih…pikiran melayang
Aku melayang….terus melayang
Sekarang melayang ke Kota Disneyland pula
Melayang mengelilingi dunia
Wah …fikiran yang indah-indah
Melayang entah ke mana lagi?
Entah apa-apa
Jikalau wujud di depan aku seorang ‘cikgu’ garang
Bila disoal….tak dapat jawab
Pasti kena denda…dirotan..berdiri atas kerusi….
tersentak
catatan: kumpul ilmu...demi hadapi masa depan

Bosan
Bosan
Aku bosan
Dengan harapan penuh gembira
Bertukar menjadi buntu…..letih
Teramat sangat……seksa
Aku datang ke sini bukan kerana suka-suka
Tapi ada benda
Satu perkara mesti dibuat
Ikutkan saja
fikiran jauh melayang
melayang kemana?.....amerika!
diluarnya gembira
dalam hatinya menangis
sepi
sepi…sepi…sepi…sunyi
sudah bosan dengan sepi
namun
hidup pasti diteruskan
bosan menggila sekalipun
lalu juga…..belajar supaya lali
aku bosan
catatan: Disaat bosan melanda...mulut aku kata bosan!

Monday, January 4, 2010
Puisi Jamban
Di dalam jamban perempuan itu membebel
Mengapa engkau sangat kecil
Tapi khidmat kau sangat diperlukan
Hey….kecilnya dunia
Jamban….jamban
Perempuan itu terfikir
Kalau matahari tiada, gelapnya dunia
Rumput tak subur
Semua manusia berkulit putih
Baju tak kering
Bil letrik melambung tinggi
Manusia kuat tidur
Hantu jembalang bergembira
Jamban…jamban
Perempuan itu berfikir
Kalau tiada hari malam
Kaunter pejabat sentiasa terbuka
Semua manusia pergi kerja
Lampu suluh tak laku
Lampu jalan tak dipasang
Pergi mana-mana tak takut
Bulan pun tak muncul
Bintang pun tak kenal
Jamban…jamban
Jamban…jamban
Berapa lama lagi
Sampai bila mahu duduk dalam jamban
Catatan: karya ini terhasil selepas berfikir sesuatu perkara yang diharap akan terjadi dengan kuasa yang mustahil

Subscribe to:
Posts (Atom)