Biar nama aku saja yang kau selalu sebut-sebut
Sehingga orang tertanya-tanya siapakah aku
Biar wajah aku saja yang kau terbayang-bayangkan
Sehingga kau memuji-muji kecantikan aku
Biar aku saja yang menjadi pendengar kata-katamu
Sehingga kau yakin yang aku tunduk padamu
Biar aku saja yang sudi mendengar luahan perasaan ketika kau tengah berduka
Sehingga kau sanggup berkongsi rahsia dengan ku
Biar kulit tubuhku saja yang ingin kau sentuh
Sehingga membuat kau membelai-belai aku
Biar suara aku saja yang ingin kau dengar
Sehingga kau mahu aku bernyanyi
Biar aku saja yang kau rindu-rindukan
Sehingga kau tidak sanggup untuk melepaskan aku
Biar aku saja yang mengisi ruang hatimu yang kosong
Sehingga kau rasa diri cukup bermakna
Biar aku saja yang sudi berbicara dengan mu
Sehingga kau tidak pernah berasa bosan
Biar aku saja menjadi perempuan yang kau mahukan
Sehingga kau tidak berpaling pada yang lain
Biar aku saja yang berjaya mempengaruhi mu
Sehingga kau percaya dengan diriku
Biar aku saja yang berani melayani kau dari malam hingga ke pagi
Sehingga kau sentiasa bernafsu terhadap aku
Biar aku saja yang menjadi bintang menerangi langitmu pada malam-malamnya
Sehingga kau terang bercahaya seperti tempat tiada waktu gelapnya
Biar aku seorang saja yang menjadi “superwoman mu”
Agar kau sentiasa menjadi superhero ku
Monday, September 28, 2009
Gelombang
ku larikan diri dari kesibukan dunia
ku bawa diri di satu tempat
ku duduk di satu sudut
tiada satu manusia yang ada di situ
hanya di temani seekor kucing liar yang sedang kelaparan
lantas ku bangun beredar dari situ
ku lari ke kamar
menghampiri tempat beradu
dunia kurasakan sunyi sepi
ku pejamkan mata
ku lapangkan dadaku
ku tenangkan hati
ku buka minda
di kepalaku cuma terfikir
bukalah gelombang itu
kembangkan gelombang itu
agar gelombang itu sampai kepada kau
agar kau terasa dengan gelombang itu
tidak kira dimana jauh di kau berada
gelombang...gelombang
gelombang itu terus....
terus hilang entah kemana
terus aku terlena diulit mimpi
tanpa aku sedari......
ku bawa diri di satu tempat
ku duduk di satu sudut
tiada satu manusia yang ada di situ
hanya di temani seekor kucing liar yang sedang kelaparan
lantas ku bangun beredar dari situ
ku lari ke kamar
menghampiri tempat beradu
dunia kurasakan sunyi sepi
ku pejamkan mata
ku lapangkan dadaku
ku tenangkan hati
ku buka minda
di kepalaku cuma terfikir
bukalah gelombang itu
kembangkan gelombang itu
agar gelombang itu sampai kepada kau
agar kau terasa dengan gelombang itu
tidak kira dimana jauh di kau berada
gelombang...gelombang
gelombang itu terus....
terus hilang entah kemana
terus aku terlena diulit mimpi
tanpa aku sedari......
Tuesday, September 8, 2009
Tekad Tabah dan Redha
Tekad
kalau kau mahu buat sesuatu
kau buat betul-betul
kau kenalah berani
jangan takut-takut
kau kenalah tanggung risiko
kalau takut lupakan saja..
Tabah
kau kenalah jadi tabah
kau kena lalui juga apa saja halangan
segala rintangan mesti dilalui
kau kena terima semua tu
teruskan saja jangan tunggu lagi
pekakkan saja telinga kau kalau orang tidak suka
tempuhilah dengan penuh semangat
Redha
kau kena terima hakikat
sama ada kau berjaya
sama ada kau dah gagal
kau kenalah terima kenyataan kau tak hebat kalau kau gagal
kau kenalah terima kenyataan kau paling hebat kalau kau tak suka pujian...
kalau kau mahu buat sesuatu
kau buat betul-betul
kau kenalah berani
jangan takut-takut
kau kenalah tanggung risiko
kalau takut lupakan saja..
Tabah
kau kenalah jadi tabah
kau kena lalui juga apa saja halangan
segala rintangan mesti dilalui
kau kena terima semua tu
teruskan saja jangan tunggu lagi
pekakkan saja telinga kau kalau orang tidak suka
tempuhilah dengan penuh semangat
Redha
kau kena terima hakikat
sama ada kau berjaya
sama ada kau dah gagal
kau kenalah terima kenyataan kau tak hebat kalau kau gagal
kau kenalah terima kenyataan kau paling hebat kalau kau tak suka pujian...
Monday, September 7, 2009
Lagi Lagi Kamu......................
Kamu...
apa kamu sudah buat pada aku
aku sudah tidak ada hati pada kamu lagi
asyik-asyik kamu sahaja yang datang
aku tidak suka pada kamu
kamu....
kenapa muka kamu lagi yang muncul
aku sudah muak melihat kamu
aku termuntah terlihat wajah kamu
dari jauh sebesar jarum pun aku sudah meluat dengan kelibat kamu
kamu....
kalau kamu sudah tahu aku pernah ada hati pada kamu
mengapa kamu berani datang bertemu aku
nanti kamu bilang aku masih mengharap kamu
nampak sangat kamu mahu mengumpan aku
kamu...
apa kamu ingat aku kebuluran dengan umpan kamu
aku sudah lama kekenyangan dengan sikap kamu
sampai tahap tidak termampu nak aku isi
aku muntah-muntahkan kembali
kamu...
wahai kamu
semalaman aku memperkata tentang kamu
besoknya kamu tiba-tiba datang bersemuka dengan aku
hari ini aku memperkata tentang kamu
sudah pasti esok kamu akan datang mencari aku
kamu...
aku terasa ganjil dan aneh ini
apa.....selama ini gelombang yang aku hantar
baru sampai kepada kamu kah?
bertahun-tahun aku buka gelombang itu pada kamu
apa baru hari ini kamu terasa
kamu....
janganlah begitu
aku tidak berkuasa
janganlah kenakan aku
aku hanya mahu hidup sempurna......
apa kamu sudah buat pada aku
aku sudah tidak ada hati pada kamu lagi
asyik-asyik kamu sahaja yang datang
aku tidak suka pada kamu
kamu....
kenapa muka kamu lagi yang muncul
aku sudah muak melihat kamu
aku termuntah terlihat wajah kamu
dari jauh sebesar jarum pun aku sudah meluat dengan kelibat kamu
kamu....
kalau kamu sudah tahu aku pernah ada hati pada kamu
mengapa kamu berani datang bertemu aku
nanti kamu bilang aku masih mengharap kamu
nampak sangat kamu mahu mengumpan aku
kamu...
apa kamu ingat aku kebuluran dengan umpan kamu
aku sudah lama kekenyangan dengan sikap kamu
sampai tahap tidak termampu nak aku isi
aku muntah-muntahkan kembali
kamu...
wahai kamu
semalaman aku memperkata tentang kamu
besoknya kamu tiba-tiba datang bersemuka dengan aku
hari ini aku memperkata tentang kamu
sudah pasti esok kamu akan datang mencari aku
kamu...
aku terasa ganjil dan aneh ini
apa.....selama ini gelombang yang aku hantar
baru sampai kepada kamu kah?
bertahun-tahun aku buka gelombang itu pada kamu
apa baru hari ini kamu terasa
kamu....
janganlah begitu
aku tidak berkuasa
janganlah kenakan aku
aku hanya mahu hidup sempurna......
Saturday, September 5, 2009
Aku Bercerita Tentang Kamu
Dulu kamu yang pertama aku jumpa
baru bertemu baru tahu
bila mata melihat
bila mulut berkata
hati sudah bergoncang
Dulu kamu yang ada pada mataku
orang lain kulihat
hanya wajahmu yang aku ingat
gerak-gerimu yang aku suka
bagi aku kamu dimana-mana sahaja
itulah kamu yang aku mahu
itulah kamu yang aku cari
Dulu terbongkar rahsia hanya kamu yang aku cinta
hanya kamu yang aku rindu
hanya kamu yang aku mimpi
hanya kamu yang paling berharga
hanya kamu yang paling baik
apa yang ada pada kamu semuanya ada
Dulu kerana kamu aku jadi malu
aku pikir aku sudah hilang comel kerana kamu
aku sudah hilang siapa diriku kerana kamu
dipandang sinis seangkatan dengan kamu
dibaca belakang sebab kerana kamu
Dulu aku dapat tahu aku bukan jenama yang kamu mahu
yang aku dapat sakit hati kerana kamu
tapi tidak mengapa
aku jenis jenama yang bijak berlakon
yang dapat memusingkan situasi kamu
sampai satu tahap kamu keliru
semua yang kenal kamu jadi buntu
Tapi itu semua cerita tentang kamu dahulu
sekarang aku sudah tahu kamu bukan jenama pilihan aku
kamu jenama yang mudah didapati dimana-mana sahaja
aku boleh dapati kamu di tempat orang-orang yang bijak angkat bahan sendiri
mahu sahaja aku melaungkan pada satu dunia yang kamus jenis itu
bahawa siapa aku dan siapa kamu
Itulah kamu yang membuat aku sangat bijak bercerita tentang kamu......
baru bertemu baru tahu
bila mata melihat
bila mulut berkata
hati sudah bergoncang
Dulu kamu yang ada pada mataku
orang lain kulihat
hanya wajahmu yang aku ingat
gerak-gerimu yang aku suka
bagi aku kamu dimana-mana sahaja
itulah kamu yang aku mahu
itulah kamu yang aku cari
Dulu terbongkar rahsia hanya kamu yang aku cinta
hanya kamu yang aku rindu
hanya kamu yang aku mimpi
hanya kamu yang paling berharga
hanya kamu yang paling baik
apa yang ada pada kamu semuanya ada
Dulu kerana kamu aku jadi malu
aku pikir aku sudah hilang comel kerana kamu
aku sudah hilang siapa diriku kerana kamu
dipandang sinis seangkatan dengan kamu
dibaca belakang sebab kerana kamu
Dulu aku dapat tahu aku bukan jenama yang kamu mahu
yang aku dapat sakit hati kerana kamu
tapi tidak mengapa
aku jenis jenama yang bijak berlakon
yang dapat memusingkan situasi kamu
sampai satu tahap kamu keliru
semua yang kenal kamu jadi buntu
Tapi itu semua cerita tentang kamu dahulu
sekarang aku sudah tahu kamu bukan jenama pilihan aku
kamu jenama yang mudah didapati dimana-mana sahaja
aku boleh dapati kamu di tempat orang-orang yang bijak angkat bahan sendiri
mahu sahaja aku melaungkan pada satu dunia yang kamus jenis itu
bahawa siapa aku dan siapa kamu
Itulah kamu yang membuat aku sangat bijak bercerita tentang kamu......
Tuesday, September 1, 2009
Apa Ada Dengan Wajah
Apa ada dengan wajah
wajah itu
wajah itu sungguh
indah
cantik berseri
penuh bercahaya
wajah itu sungguh
menawan hati
menjadi tarikan setiap manusia yang memandangnya
manusia terus memuji........
Apa ada dengan wajah
wajah itu suram
sungguh suram sekali
wajah itu pudar
kelam
gelap
penuh kejahatan
tiada harapan
tidak ada manusia mahu sengaja melihatnya
yang terpandang akan berkata
siapa sidia tu.....................
mengapa dia berada disini?
Ada apa dengan wajah
wajah dinilai dari sudut keindahannya?
wajah dinilai dari sudut kehodohannya?
Apa ada dengan wajah?
wahai wajah
sebenarnya engkau tiada apa-apa
tiada yang indah
tiada yang hodoh
tiada yang berharga
tiada yang murah
wajah engkau sama sahaja
tidak pernah banyak bezanya
cuma manusia bijak berkata-kata
cuma manusia bijak memberi andaian
Apa ada dengan wajah
wajah...wajah....
janganlah engkau terlalu bersedih
dan janganlah engkau terlalu gembira
manusia
hargai setiap wajah yang ada
kerana wajah itu tiada dapat tukar gantinya
Tuesday, August 18, 2009
Kisah itu bermula.........
Subscribe to:
Posts (Atom)

