Saturday, September 5, 2009

Aku Bercerita Tentang Kamu

Dulu kamu yang pertama aku jumpa
baru bertemu baru tahu
bila mata melihat
bila mulut berkata
hati sudah bergoncang
Dulu kamu yang ada pada mataku
orang lain kulihat
hanya wajahmu yang aku ingat
gerak-gerimu yang aku suka
bagi aku kamu dimana-mana sahaja
itulah kamu yang aku mahu
itulah kamu yang aku cari
Dulu terbongkar rahsia hanya kamu yang aku cinta
hanya kamu yang aku rindu
hanya kamu yang aku mimpi
hanya kamu yang paling berharga
hanya kamu yang paling baik
apa yang ada pada kamu semuanya ada
Dulu kerana kamu aku jadi malu
aku pikir aku sudah hilang comel kerana kamu
aku sudah hilang siapa diriku kerana kamu
dipandang sinis seangkatan dengan kamu
dibaca belakang sebab kerana kamu
Dulu aku dapat tahu aku bukan jenama yang kamu mahu
yang aku dapat sakit hati kerana kamu
tapi tidak mengapa
aku jenis jenama yang bijak berlakon
yang dapat memusingkan situasi kamu
sampai satu tahap kamu keliru
semua yang kenal kamu jadi buntu
Tapi itu semua cerita tentang kamu dahulu
sekarang aku sudah tahu kamu bukan jenama pilihan aku
kamu jenama yang mudah didapati dimana-mana sahaja
aku boleh dapati kamu di tempat orang-orang yang bijak angkat bahan sendiri
mahu sahaja aku melaungkan pada satu dunia yang kamus jenis itu
bahawa siapa aku dan siapa kamu

Itulah kamu yang membuat aku sangat bijak bercerita tentang kamu
......

2 comments:

  1. ini bagus!!!
    kan baik kalau si "jenama murah" itu membaca sekali :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih mrberett dengan komen itu....

    ReplyDelete