Monday, September 28, 2009

Menunggu seorang hero di muka pintu

Bangun pagi gosok mata gosok gigi terus mandi
Bersiap awal pergi kerja
Minum pagi makan kuih
Jalankan tanggungjawab macam biasa
Sambil bekerja kepala berfikir bila “hero” nak datang?

Bila masa keluar pergi jalan-jalan
Suka sangat tengok orang jalan berpasangan
Suka lihat mereka sedang hangat bercinta
Suka lihat gelagat yang sangat mesra
Pegang sana pegang sini
“Kiss” sikit “kiss” banyak
Seronoknya melihat orang sedang berbahagia
Sambil melihat kepala berfikir bila “hero” nak datang?

Tinggal di rumah besar
Duduk seorang duduk diam-diam
Tonton tv seorang
Minum seorang
Makan seorang
Semuanya buat seorang
Sambil duduk berehat kepala berfikir bila “hero” nak datang?

Kepala terus berfikir lagi….Adakah “hero”akan datang?

Hero……
Siapakah kau?
Adakah kau jejaka yang gagah perkasa itu?
Kau dimana sekarang?
Adakah kau baru mahu “start” enjin kereta?
Adakah kau sedang mencari aku?adakah kau sedang di dalam perjalanan bertemu aku?

Atau aku tak pernah sedar dengan kewujudan kau…..

No comments:

Post a Comment