Tuesday, September 8, 2009

Tekad Tabah dan Redha

Tekad
kalau kau mahu buat sesuatu
kau buat betul-betul
kau kenalah berani
jangan takut-takut
kau kenalah tanggung risiko
kalau takut lupakan saja..

Tabah
kau kenalah jadi tabah
kau kena lalui juga apa saja halangan
segala rintangan mesti dilalui
kau kena terima semua tu
teruskan saja jangan tunggu lagi
pekakkan saja telinga kau kalau orang tidak suka
tempuhilah dengan penuh semangat

Redha
kau kena terima hakikat
sama ada kau berjaya
sama ada kau dah gagal
kau kenalah terima kenyataan kau tak hebat kalau kau gagal
kau kenalah terima kenyataan kau paling hebat kalau kau tak suka pujian...

No comments:

Post a Comment