Monday, September 28, 2009

Kanak-kanak tua yang periang

Bersiap cepat-cepat
Pakai baju sempoi-sempoi
Naik sebuah kereta
Pandu kereta perlahan-lahan
Sambil bercerita sambil berjenaka sambil berketawa
Dengar kawan sedang bercerita
Daripada isu semasa menjadi isu mengarut
Mula-mula
Ketawa sopan-sopan
Sebab control cun kat jalan raya
Lebih-lebih lagi kalau berhenti di traffic light
Lama-kelamaan
Ketawa kuat-kuat
Control cun pun semakin hilang
Ketawa terbahak-bahak
Sampai tidak dapat nak cover
Ketawa tidak ingat dunia
Hingga tidak sedar tempat ditujui sudah sampai
Itulah kanak-kanak tua yang periang

No comments:

Post a Comment